2 Ahli Pas Ditahan Kerana Gantung Patung Potong Kaki Potong

patung-kaki-azizan-tangkap

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, jentera kempen Pas yang dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan replika patung kaki sebagai usaha untuk menimbulkan kemarahan pengundi di Sungai Limau.

Jentera Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikatakan berang dengan tindakan tidak bermaruah pihak yang tidak bertanggungjawab itu, yang jelas ingin menggunakan isu tersebut bagi menyalahkan BN/Umno.

Seperti ada satu gerakan terancang, blog-blog pembangkang dengan segera memainkan isu tersebut bagi menyalahkan parti Umno yang dikatakan cuba menghina Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarganya. Sedangkan secara logiknya, mana mungkin Umno akan bertindak sejauh itu kerana umum mengetahui Azizan adalah merupakan tokoh yang dihormati.

Tambahan pula, kebanyakan pengundi di Sungai Limau adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk dan sangkaan jahat, jentera BN/Umno telah mengambil pendekatan segera, bagi menafikan penglibatan parti itu dalam menggantung patung yang dipotong kakinya di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar.

Tidak cukup dengan, Pengerusi BN Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir turut membuat laporan polis semalam, untuk membolehkan satu siasatan diajalankan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Jamil Khir ketika mengulas lanjut mengenai perkara itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan biadab tersebut.

“Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini.

“Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu. Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN” ,” katanya semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyifatkan tindakan pihak yang menggantung patung kaki di tiga lokasi berasingan sebagai sikap tidak bertanggungjawab sekali gus melanggar peraturan kempen pilihan raya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan tersebut tidak sesuai dijadikan bahan kempen dan tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau

Beliau berkata, SPR telah mengarahkan Pegawai Pilihanraya Negeri untuk membersihkan replika tersebut awal pagi tadi.

“Itu sangat tidak bertanggungjawab, mereka yang pasang patung itu telah mengguris hati keluarga Allahyarham. Saya dari mula lagi sudah pesan buat kempen secara berhemah, jangan langgar peraturan” katanya.

 Patung berwarna kelabu yang dipotong separuh kaki sehingga paras betis dan tertulis perkataan ‘ini kaki Ustaz Azizan’ digantung di atas wayar elektrik berhampiran bilik gerakan BN di kawasan tersebut.

 Seperti kata pepatah, doa orang yang teraniya akan segera dimakbulkan Allah swt. Hasil maklumat orang kampung, semalam dilaporkan satu tangkapan telah dibuat terhadap 2 orang lelaki Melayu kerana disyaki sedang menggantungkan satu lagi patung kaki di kampung Batu 16.

 Paling menarik, apabila disiasat kedua-dua suspek tersebut adalah merupakan ahli Pas dari kawasan Pokok Sena. Bagi mengelakkan mereka terus dibelasah oleh penduduk kampung yang berang atas tindakan yang dilakukan itu, pihak polis terpaksa mententeramkan keadaan dengan menahan kedua-duanya.

 patung-kaki-azizan-gantung

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...