UtamaPKR didakwa dapat bantuan...

PKR didakwa dapat bantuan luar? - pakdin.my

KUALA LUMPUR 11 Jun – Bagi menjamin kemenangan berpihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-13, parti itu didakwa telah mendapatkan bantuan daripada sebuah institut antarabangsa pada penghujung bulan lalu.

Ini termasuk menganjurkan beberapa seminar secara tertutup yang menggariskan tentang pelan tindakan bagi menghadapi pilihan raya itu.

Difahamkan, beberapa seminar telah diadakan di Sabah, Pulau Pinang dan Selangor yang disampaikan oleh dua individu dari negara berkaitan.

Menurut sumber, selain latihan komunikasi seminar itu turut menekankan cara menghasut rakyat supaya tampil lebih berani dalam mencabar kerajaan seterusnya memenangi pilihan raya.

“Pengundi yang menyokong PKR akan dipilih untuk menjadi sukarelawan dan ditugaskan bagi meyakinkan pengundi atas pagar atau belum membuat keputusan supaya memilih parti mereka.

“Mereka juga akan diberi keyakinan untuk menentang kerajaan berdasarkan kelonggaran undang-undang yang ada di negara ini

“Selain itu organisasi berkenaan menggunakan sukarelawan untuk berkomunikasi dengan pengundi yang berpotensi supaya mengundi parti pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah sumber itu, teknik hasutan tersebut didapati telah diterapkan kepada sukarelawan dalam parti di negara jiran untuk menimbulkan kekecohan sekali gus menjatuhkan kerajaan yang ada.

Katanya, sukarelawan tersebut akan diajar bagaimana untuk mengutip maklumat pengundi dengan menggunakan kaedah ‘merayu undi’ melalui soal selidik kepada penduduk setempat.

“Kaedah itu dilihat parti pembangkang sebagai sangat penting untuk menyediakan pangkalan data dan membuat rumusan agar corak pemilihan pengundi dapat diketahui.

“Malah langkah ini berkesan di dalam menentukan calon yang dipilih untuk bertanding dapat diterima oleh pengundi atau tidak,” jelasnya.

Namun katanya, seminar yang dikatakan lebih demokrasi itu sebenarnya mengajar langkah untuk menghasut serta menimbulkan kekecohan.

 

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...