Badminton Siri Super Masters Akhir 2013 - Chong Wei Muncul Juara

Badminton Siri Super Masters Akhir 2013 – Chong Wei Muncul Juara

Chong-Wei-Siri Super Masters Akhir 2013 Chong-Wei-Siri Super Masters Akhir 2013-2

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran ketujuh tahun ini selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-10, 21-12 dalam aksi final Siri Super Akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras, sebentar tadi.

Ia juga adalah gelaran Siri Super Akhir keempat buat pemain nombor satu dunia itu selepas menjuarainya pada 2008, 2009 dan 2010.

Chong Wei membuktikan statusnya selaku jaguh dunia apabila berjaya mengungguli saingan dalam enam kejohanan tahun ini bermula Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Terbuka Hong Kong.

Selaku juara Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD$40,000 (RM129,288).

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Shereen raih emas acara 400m, Azeem hampiri rekod 200m kebangsaan di Amerika Syarikat

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

Sukan Terjun Piala Dunia di Mexico | Pandelela Tersingkir

Harimau Malaya kini ranking ke-131 dunia

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami