"Saya tidak guna pendekatan populis tadbir negara" - PM @NajibRazak

“Saya tidak guna pendekatan populis tadbir negara” – PM @NajibRazak

najib-kurang-subsidi-minyak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam mentadbir sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan ekonomi negara.

Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan pendapatan negara terus bertambah dan berkembang sebelum memutuskan untuk memberi ‘janji-janji manis’ kepada rakyat.

“Realiti ini, saya percaya, anda semua sedar. Sebab itulah cara kita mentadbir negara mestilah cara berhemah, cara kita bukan cara populis.

“Saya boleh jadi Perdana Menteri yang berdiri atas platform populis, tapi dengan cara itu saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta,” katanya ketika merasmikan konvensyen tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-26 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

SRC International: Siasatan SPRM sahkan derma keluarga diraja Arab Saudi – Dzulkifli

Bersihkan GLC negara dari penguasaan DAP!

#AJL34: Aina mohon maaf, TV3 semak CMCF

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami