Saifudin tidak adil kritik SPR tanpa babitkan Anwar - pakdin.my

Saifudin bersama Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli
Saifudin bersama Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli

Pilihan raya Umum ke 13 sudah tujuh bulan berlalu tetapi masih ada yang tidak puashati peranan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikannya.

Jika sebelum ini, suara-suara itu keluar dari mulut pemimpin pembangkang, kali ini ada pemimpin UMNO sendiri cuba memperlekeh kewibawaan SPR.

Apa tujuan bekas timbalan menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah membuat kenyataannya mendesak  Pengerusi dan ahli  SPR?

Benarkan dakwaannya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan pegawai-pegawai SPR patut berbuat demikian berikutan kencenderungan badan itu membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya?.

“Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak BN. Awak tidak membantu BN sebenarnya,” kata dalam satu forum bersama pembangkang dan Pengerusi Bersih 2.0.

Saifudin yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh pada PRU 13 apabila kalah kepada Ketua Pemuda PAS ketika itu Nastuddin Hassan Tantawi.

Dalam forum itu juga, beliau mendakwa negara memerlukan  pengerusi SPR berpendirian bebas memandangkan keyakinan awam terhadap badan itu semakin menurun.

“Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak BN. Awak tidak membantu BN sebenarnya,” kata Saifudin.

Abdul Aziz yang sentiasa cuba dijadikan kambing hitam setiap kali pembangkang kalah dalam pilihan raya, mempertahan integriti SPR sebagai pengendali pilihan raya yang bebas dan telus.

Beliau dalam respons isu dibangkitkan Saifudin mengajak pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati dengan badan itu agar berdialog dengan mereka.

Abdul Aziz mempertahankan diri dengan berkata, mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik seperti yang didakwa.

“Seperti yang sedia maklum badan ini ditubuhkan sebagai suruhanjaya bebas untuk melaksanakan tiga tanggungawab utama seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan ia bukan untuk membantu mana-mana parti politik  menang dalam pilihan raya.

“Saya harap beliau (Saifudin) bersabar dan saya sedia berbincang untuk mengetahui fakta dakwaan tersebut  dan beliau boleh berjumpa saya di SPR,” katanya kepada The Malaysia Insider melalui sistem pesanan whatsapp.

Menoleh kebelakang, Saifuddin sudah kerap mencetuskan kontroversi sejak dalam kerajaan lagi.

Beliau banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi yang tidak menggambarkan dirinya seorang timbalan menteri atau pemimpin UMNO kononnya bagi menggerakkan gerakan kesederhanaan.

Namun, sebagai orang yang pernah ada jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh sebelum tewas pada pemilihan akhir tahun lalu, dan pernah merasai kerusi Kabinet biarlah komen-komen Datuk Abdul Rahman Dahlan ini difikirkan Saifudin sebelum bercakap banyak soal SPR.

Rahman, ahli Majlis Tertinggi UMNO antara lain berkata, Saifudin tidak boleh pejam mata dalam isu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan 40 ribu bangla yang kononnya mengundi BN.

Kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mahu Saifudin adil dalam komennya terhadap SPR.

“Kritik juga Anwar yang banyak fitnah untuk raih undi simpati masa PRU lalu,” ujar Rahman dalam twitternya.

Bukan itu sahaja malah macam-macam yang pembangkang tidak tuduh SPR tetapi di mana Saifudin?

Malangnya,  Saifudin yang sebelum ini membalas tweet Rahman, akhirnya gagal menjawab

Ini menimbulkan tanda tanya, apa sebenarnya motif beliau dalam kecamanan terhadap SPR.

—————

YB KOTA BELUD, Dato’ Abdul Rahman Dahlan TEGUR Datuk Saifuddin Abdullah

rahman dahlan 2

Sila baca dari bawah (tweet yang terdahulu) hingga ke atas (tweet yang terkini)

 

 

UTAMAPOLITIKSaifudin tidak adil kritik SPR tanpa babitkan Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium