BERITATian Chua dipenjara satu bulan, denda RM1,000

Tian Chua dipenjara satu bulan, denda RM1,000

tian-chua-didakwa-menghina

Naib Presiden PKR, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

agaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara.

 Berdasarkan kertas pertuduhan, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Tian Chua.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Tenggelam Perlahan: PKR Mulai Retak, Anwar Makin Kesepian

Manifesto 12 agenda Parti BERSAMA Malaysia

Anwar pula ambil alih Pandan sebagai kawasan angkat

[VIDEO] Nakhoda yang panik, Kapal yang retak

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami