Menteri Perlu Bersuara, Pertahankan Kerajaan #KitchenCabinet

Menteri Perlu Bersuara, Pertahankan Kerajaan #KitchenCabinet

kabinet-2013

Pemimpin kerajaan dan menteri perlu bersuara dan mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang dibangkitkan rakyat daripada mengambil pendekatan lebih selamat.

Kini merupakan masa untuk mereka berganding bahu dalam mempertahankan kerajaan dalam isu-isu melibatkan rakyat yang sedang dimanipulasi oleh pembangkang dan membawa negara menghampiri krisis.

Cari jalan bagaimana untuk mempertahankan kerajaan. Sebagai contoh (bagaimana menteri-menteri dapat menghentikan) isu kangkung. Saya tidak nampak sesiapa tampil untuk membantu dan menyokong beliau (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak). Ini tidak sepatutnya berlaku, (mereka tidak sepatut) ‘ambil pendekatan selamat’.

Masanya sudah tiba untuk anggota Kabinet mempertahankan perdana menteri, jika tidak jangan jadi anggota Kabinet.

Dalam barisan kepimpinan perdana menteri sebelum ini, kerajaan mempunyai jurucakapnya sendiri untuk mengendalikan isu-isu, lebih-lebih lagi sekarang apabila media sosial digunakan secara meluas untuk mencetuskan salah faham dan melemparkan tohmahan.

Kerajaan sekarang perlu mempunyai pendekatan yang serupa dengan pentadbiran sebelum ini yang mempunyai jurucakap, terdiri sama ada seorang menteri Kabinet atau pegawai kerajaan.

Pentadbiran sebelum ini juga berdepan masalah serupa tetapi mereka mampu menangani dan menyelesaikan isu itu dan menenangkan rakyat dengan sokongan anggota-anggota Kabinet.

Rakyat perlu sentiasa diberitahu mengenai rasional dasar-dasar kerajaan, misalnya langkah pengurangan subsidi secara berperingkat, dan faktor bekalan dan permintaan barang serta perkhidmatan yang menjadi antara faktor penentu.

Rakyat perlu dididik, sebagai contoh mengenai isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, terdapat banyak faktor yang menentukannya, bukan hanya disebabkan pengurangan subsidi petrol oleh kerajaan.

Dengan perubahan besar dalam teknologi, kita perlu bergerak pantas dan berada di hadapan dalam perkara berkaitan rakyat dan kerajaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Azalina: Hormati pilihan politik peribadi Zafrul, tetapi jawatan menteri berdasarkan mandat parti

[VIDEO] Raja perkenan kabinet baharu Paetongtarn Shinawatra

Ada sebab kangkung dikatakan boleh cegah koronavirus…

Usah menari mengikut gendang macai dan RBA PhDAP

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami