Tiada kenaikan tol tahun ini

Tiada kenaikan tol tahun ini

tol sungai besi

Kadar tol di semua lebuhraya di seluruh negara tidak akan dinaikkan pada tahun ini, dan ekoran keputusan itu kerajaan akan membayar ganti rugi sebanyak RM400 juta bagi syarikat konsesi yang terbabit, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin perkara itu diputuskan oleh jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada pagi Rabu bagi mamastikan rakyat tidak dibebani dengan kadar tol baharu.

Selain itu, kata Muhyiddin, Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang bermesyuarat buat pertama kali hari ini bersetuju untuk mengadakan peruntukan khas sebanyak RM120 juta.

Peruntukan itu akan disalurkan kepada FAMA, NEKMAT dan NAFAS untuk menyediakan bekalan makanan mencukupi bagi menangani masalah kekurangan bekalan makanan di pasaran yang menjadi antara punca kenaikan harga sekaligus meningkatkan kos sara hidup.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[Video] ‘King’ redah palang tol RFID

Alhamdulillah dapat juga 5% dividen KWSP ?

PLUS: LGE Pro-Rakyat atau Alat Peniaga?

KWSP yang bagi diskaun tol PLUS 18% bukan PH atau Guan Eng

[Video] Lebuh Raya tanpa Tol: Mujahid gebang tapi PH tak laksana

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami