BERITAKetua Wanita Cawangan Felda Semenchu Dipercayai Dibunuh

Ketua Wanita Cawangan Felda Semenchu Dipercayai Dibunuh

Ketua Wanita Cawangan Felda Semenchu Dipercayai Dibunuh

KOTA TINGGI: Ketua Wanita Umno Cawangan Felda Semenchu ditemui mati pada Jumaat selepas dipercayai disamun dan dibunuh di rumahnya di Blok 2, Felda Semenchu dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mayat Zalifah Jamaluddin, 68, ditemui oleh anak lelakinya yang ke rumah itu pada kira-kira 12.20 tengah Jumaat.Anak mangsa yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mendapati pintu dapur rumah itu terbuka dan keadaan dalam rumah berselerak sebelum menemui Zalifah, yang juga peniaga kain, tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur.

Anggota polis dari Balai Polis Teluk Sengat, Kota Tinggi dan Jabatan Forensik yang menyiasat tempat kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat Zalifah kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail,Johor Baharu untuk dibedah siasat.

“Dari segi luaran, tidak terdapat sebarang tanda luka atau serangan fizikal terhadap mangsa. Kita tunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] PRN Negeri Sembilan 2026: BN Terus Junjung Adat, Pertahan Institusi Diraja – Ahmad Zahid

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami