Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kematian Ketua Wanita UMNO Felda Semenchu - pakdin.my

Ketua Wanita UMNO Felda mati dibunuh

KOTA TINGGI: Polis menahan seorang lelaki Melayu bagi membantu siasatan kematian Ketua Wanita Umno Cawangan Felda Semenchu Zalifah Jamaluddin yang dipercayai disamun dan dibunuh pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata lelaki yang berusia 36 tahun dan tiada pekerjaan itu, ditangkap di dalam satu serbuan di sebuah rumah di Felda Semenchu dekat sini.

“Siasatan lanjut masih diteruskan,” kata beliau ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Sabtu.

Rahmat berkata hasil bedah siasat mendapati mayat mangsa mengalami kesan merah dalam mata kiri dan kanan, lebam pada bahagian dalam bawah bibir dan patah empat tulang rusuk kanan dan lapan tulang rusuk kiri berpunca dari tekanan benda berat dan tulang rapuh.

“Punca kematian adalah “smothering” iaitu lemas disebabkan ditekup dan tidak dapat bernafas,” kata beliau.

lam kejadian tengah hari Jumaat, mayat Zalifah, 68, ditemui oleh anak lelakinya yang ke rumah mangsa.

Anak mangsa yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mendapati pintu dapur rumah itu terbuka dan keadaan dalam rumah berselerak sebelum menemui Zalifah, yang juga peniaga kain, tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

UTAMABERITALelaki Ditahan Bantu Siasatan Kematian Ketua Wanita UMNO Felda Semenchu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium