Umat Islam, orang Melayu jangan rasa diri sudah terlalu kuat – Raja Nazrin - pakdin.my

Raja Dr Nazrin Shah
Raja Dr Nazrin Shah

IPOH: Umat Islam dan orang Melayu hari ini jangan tersalah sukat dan tersilap bacaan merasakan diri mereka sudah terlalu kuat.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah, suasana hari ini berbeza pada era pra dan pasca merdeka apabila umat Islam dan orang Melayu muncul sebagai tenaga kepemimpinan yang kuat di negara ini.

Baginda bertitah, ia kerana ketika itu umat Islam dan orang Melayu menyedari kelemahan dan kekurangan ummah dan bangsanya lalu majoriti mereka mengambil pendirian berusaha mengumpul dan menggabungkan kekuatan sesama mereka.

“Umat Islam dan orang Melayu ketika ini pula semakin berlumba untuk mendedahkan kelemahan sesama sendiri, saling melukiskan wajah Melayu mana yang lebih hodoh,” titahnya pada Persidangan Ke-186 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di sini hari ini.

UTAMAUmat Islam, orang Melayu jangan rasa diri sudah terlalu kuat - Raja...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium