UtamaNASIONALR Sivarasa sahkan Kapten...

R Sivarasa sahkan Kapten Zaharie ahli seumur hidup PKR #MH370 - pakdin.my

MH370-Kapten-Zahari-PKR

Ahli Parlimen PKR Subang, R Sivarasa mengesahkan bahawa  juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup parti itu.

Zaharie mendaftar sebagai ahli PKR Cabang Subang sejak 23 Januari tahun lalu.

Dalam sidang media pada Ahad, Sivarasa memberitahu, Zaharie turut membantu PKR dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, beliau  menafikan laporan akhbar Britain, The Daily Mail yang antara lain menyatakan Zaharie adalah ‘fanatik politik’ yang menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu turut mendakwa Zaharie, 53, menghadiri kes Anwar pada Jumaat minggu lalu sebelum sebelum penerbangan MH370 pada 12.40 tengah malam Sabtu lalu.

Sivarasa bagaimanapun menjelaskan bahawa  Zaharie tidak berada di mahkamah ketika keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan  Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, Zaharie bukan seorang aktivis sosial yang lantang sebaliknya hanya penyokong dan anggota parti.

“Saya sahkan dia ahli PKR dan sertai parti pada 23 Januari 2013 tapi tak relevan untuk tuduh kehilangan pesawat ini berkaitan dengan PKR,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan utama PKR, di Kajang.

Menurut akhbar tabloid akhbar Britain itu, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER untuk ke Beijing, Kapten Zaharie telah hadir ke mahkamah pada 7 Mac lalu untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Mengulas perkara sama, Tian Chua menegaskan, kehilangan pesawat ini tidak ada kena mengena dengan PKR dan tuduhan ini tidak relevan.

“Ini adalah satu kes membabitkan keselamatan pesawat dan tanggungjawab MAS dan pihak berkuasa.

“Isu keselamatan tidak wajar dikaitkan bermotif politik. Jangan main sentimen seumpama ini kerana menyinggung dan menjejas imej negara dalam perspektif antarabangsa,” katanya.

Polis sudahpun dua kali melakukan pemeriksaan di rumah juruterbang itu di Shah Alam bagi mendapatkan maklumat untuk membantu mengesan MH370 yang masih belum ditemui sejak hilang Sabtu minggu lalu.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988

[VIDEO] Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Jika sabit kesalahan boleh kenakan dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161972

[VIDEO] Tujuh kedai makan di astaka berusia 38 tahun terbakar

Saya menyedari api menyambar kedai makan di sebelah dan dalam keadaan panik, saya hanya sempat mengangkat dua tong gas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161960