Kanak-kanak empat tahun maut - van dinaiki melungsur

Kanak-kanak empat tahun maut – van dinaiki melungsur

van-sekolah-gelungsur

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas van yang dinaikinya melungsur ke loji kumbahan, dalam kejadian di Taman Universiti, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, enam kanak-kanak berada dalam van berkenaan, manakala pemandunya keluar menghantar beberapa kanak-kanak lain ke tadika berhampiran.
Mangsa, Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti.

Lima lagi kanak-kanak dihantar mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

‘Lebih rela tak pegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP’ – Pendirian tegas Onn Hafiz

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami