Abby Abadi Sah Dicerai Talak Satu

Muhammad Farhan Che Bakar
Muhammad Farhan Che Bakar

Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan Muhammad Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes pasangan tersebut memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Mahkamah juga berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, Farhan memberitahu mahkamah dia memang berniat untuk menceraikan isterinya selalu plaintif dalam kes berkenaan dan sedar dengan tindakannya ketika menghantar SMS berkenaan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, pada sebutan pertama pada 29 Mei lalu memberitahu mahkamah Farhan membuat lafaz tersebut pada pukul 10.25 pagi selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya.

Arbaiyah Abd Manan
Arbaiyah Abd Manan

Bagaimanapun kes tersebut ditangguhkan selepas Abby mendedahkan kepada mahkamah Farhan pernah memaklumkan kepada seorang teman pada Januari lalu menerusi SMS bahawa dia sudah “tiada apa-apa lagi” dengan Abby.

Shaiful Azli yang turut mendengar kes berkenaan dalam mahkamah sama selepas memerintahkan pasangan berkenaan memfailkan kes berkenaan memutuskan lafaz kali pertama itu tidak sah mengikut rukun dan hukum syarak.

Sementara itu, Abby ketika ditemui berkata, dia redha dan menganggap penceraian itu sebagai ujian daripada Allah.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Wawa, Aeril menjadi artis Malaysia pembayar zakat tertinggi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Wawa, Aeril menjadi artis Malaysia pembayar zakat tertinggi

Terkini

POLITIK

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

AM

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

POLITIK

Surat Suai Kenal Jadi Teori Konspirasi: English Lemah atau Sengaja Buta Huruf?

POLITIK

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

POLITIK

[VIDEO] UMNO dan Isyarat Pilihan Raya Awal: Antara Mandat Baharu dan Realiti Politik Semasa

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah