Remaja Putus Pergelangan Tangan Akibat Mercun Di Pasir Mas, Kelantan (video)

Remaja Putus Pergelangan Tangan Akibat Mercun Di Pasir Mas, Kelantan (video)

Remaja Putus Pergelangan Tangan Akibat Mercun Di Pasir Mas, Kelantan (video)

Pasir Mas: Gara-gara ingin mencuba selepas terjumpa mercun di tepi jalan akhirnya memakan diri sendiri apabila semua jari tangan kanannya putus.

Abu Bakar Nasir, 17, dari Kampung Berangan Apam, Pasir Mas yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kelantan berkongsi pengalaman ngerinya apabila mercun jenis bola secara tiba-tiba meletup di tangannya sebaik memutuskan untuk membakarnya Sabtu lalu.

Dia merupakan mangsa kedua akibat bermain mercun di Kelantan selepas kejadian pertama Jumaat lepas yang dialami seorang pelajar tingkatan dua di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang yang putus tiga jari tangan kanan apabila mercun botol yang dinyalakannya meletup.

Abu Bakar dikatakan terjumpa mercun itu ketika mahu ke masjid berdekatan rumahnya untuk solat tarawih, kira-kira 8.30 malam.

“Saya tidak menyangka mercun itu meletup sebaik sumbunya dibakar,” katanya kepada pemberita di hospital.

Ibunya Che Limah Harun, 53, berkata anaknya dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas terlebih dulu oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam sebelum dirujuk ke HRPZII petang semalam.

“Dia hilang semua jari tangan kanan dan dia kini stabil,” katanya.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Liwat, amang seksual pelajar: Mudir madrasah direman seminggu lagi

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami