Kafe Rimba Tawar Makanan Untuk Golongan Tidak Berpuasa, Diserbu Dekat Alor Star...

Kafe Rimba Tawar Makanan Untuk Golongan Tidak Berpuasa, Diserbu Dekat Alor Star (video)

restoren rimba

Lokasinya terletak agak tersorok di dalam hutan.

Namun sejak seminggu lalu, gerai makanan yang digelar ‘Kafe Rimba’ itu dikatakan sering menjadi tumpuan golongan yang tidak berpuasa.

Siang tadi, gerai yang dijalankan oleh tiga beranak itu diserbu oleh pihak berkuasa.

Bertindak atas maklumat dan risikan anggota penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Alor Setar melakukan serbuan ke lokasi gerai yang terletak di dalam hutan.

Gerai ini dipercayai baharu sahaja dibina dan turut dilengkapi pelbagai peralatan memasak.

Pemiliknya dipercayai menyediakan pelbagai hidangan untuk menarik perhatian golongan yang tidak berpuasa.

Namun kehadiran pihak berkuasa dipercayai telah dihidu lebih awal.

Hanya pinggan mangkuk serta gelas minuman yang berselerak di atas meja.

Kesemua peralatan memasak kemudian dirampas.

Kes disiasat di bawah undang-undang kecil perlesenan gerai dan penjaja MBAS 2010.

Sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun minimum RM1000 mengikut jumlah barangan yang dirampas.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

SPRM Kedah tahan ahli perniagaan minta, terima rasuah RM400,000

Hikmah dan adab bersahur

Manfaat berpuasa bagi umat Islam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami