BERITADUNIAPesawat #AH5017 Air Algerie Hilang Dari Radar

Pesawat #AH5017 Air Algerie Hilang Dari Radar

Air Algerie

air-algerie-Ouagadougou Airport in Burkina FasoALGIERS: Pesawat Air Algerie terputus hubungan hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam penerbangannya ke Algiers pada Khamis, kata syarikat penerbangan itu.

“Perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie pada Khamis dalam penerbangannya dari Ouagadoungou ke Algiers, selepas 50 minit berlepas,” kata syarikat penerbangan itu yang dipetik oleh agensi berita negara itu, APS.

Ia berkata, syarikat itu memulakan ‘pelan kecemasan’ dalam mencari pesawat AH5017, yang melakukan penerbangan selama empat jam sebanyak empat kali seminggu.

Sumber syarikat itu memberitahu AFP bahawa kehilangan pesawat DC-9 yang boleh membawa kira-kira 135 penumpang.

Menurut satu sumber lain, kira-kira 110 orang menaiki pesawat itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami