Ayam Jamin Halal Di Pasar Raya Utama - pakdin.my

“Selepas itu, ayam ini perlu melalui proses pembuangan bulu, proses regangan dan ‘head puller’ yang akan menyebabkan kepala ayam ditarik dan nampak seperti ia ditebuk dan lebih panjang,”

pusat-sembelih-ayam-halal

Bekalan ayam premium dan standard yang dijual di pasar raya utama di seluruh negara ini dijamin halal,  kata Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusof.

Justeru, umat Islam di negara ini tidak perlu was-was mengenai status halal ayam yang dijual di premis berkenaan kerana ia telah mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Jakim sebelum dijual kepada orang awam.

Beliau berkata, kebanyakan pasar raya utama dan dapur hotel terkemuka di negara ini mendapatkan bekalan ayam daripada enam rumah sembelihan yang merupakan pemegang sijil halal Jakim.
“Ini yang ingin kita tegaskan, bukan mudah untuk rumah sembelihan ini mendapatkan sijil halal daripada Jakim. Aspek kebersihan adalah syarat utama untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak kami.
“Penyembelih mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai tauliah sebagai penyembelih daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN),” katanya di pejabat Hab Halal Jakim baru-baru ini.
Menurut Hakimah, syarat paling kritikal dalam isu penyembelihan ayam ialah ia masih hidup dan sihat dan memenuhi hukum syarak iaitu putus urat merih dan halkum.
“Saya yakin pengguna di luar mungkin keliru antara kaedah penyembelihan konvensional di pasar basah dan penyembelihan yang dijalankan di rumah sembelihan.
Kaedah penyembelihan di rumah penyembelihan ada langkah-langkah yang perlu dipatuhi dan aspek kebersihan sangat dititik beratkan.”Bukan itu sahaja, setiap pasar raya utama biasanya mempunyai jawatankuasa halal masing-masing.
Badan ini biasanya akan turun padang untuk melihat sendiri bagaimana proses penyembelihan itu dilakukan,” katanya.Beliau berkata, terdapat 11 rumah sembelihan yang berdaftar dengan Jakim di seluruh negara.
Isu ayam tebuk ini timbul kerana harga ayam yang dijual di pasar raya jauh lebih murah daripada harga yang dijual di pasar basah.
Antara proses yang perlu dilalui proses renjatan elektrik dibenarkan mengikut kadar voltan yang dibenarkan syarak, dengan parameternya ayam itu tidak akan mati.”Ayam ini akan ‘lali’ namun masih boleh bergerak.
Peralatan yang digunakan mestilah tajam dan bersih daripada najis. Pada masa sama, perlu ada air yang mengalir ketika proses sembelihan dijalankan di mana selalunya ada pancuran air automatik disediakan di rumah penyembelihan.”
Selain itu, tempoh pendarahan untuk memastikan ayam benar-benar mati sebelum ia masuk ke kolam penceluran juga ditetapkan dan dengan itu kita mewajibkan seorang penyemak beragama Islam yang mempunyai pengetahuan mengenai kaedah penyembelihan Islam.”
Selepas itu, ayam ini perlu melalui proses pembuangan bulu, proses regangan dan ‘head puller’ yang akan menyebabkan kepala ayam ditarik dan nampak seperti ia ditebuk dan lebih panjang,” katanya.
Beliau juga menasihatkan agar pengguna tidak bimbang dengan status halal ayam yang dijual di pasar raya dan pihaknya akan segera mengambil tindakan tegas jika ada laporan terhadap rumah sembelihan.”Kita jarang terima laporan terhadap rumah sembelihan.
Jika ia melibatkan ayam yang tidak mengikut hukum syarak dan halal itu sendiri, Jakim tidak akan teragak-agak untuk menarik balik sijil halal yang diberikan, selain Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.
Baru-baru ini, Jakim dan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pasar raya yang didakwa menjual ayam yang ditebuk.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati pembekal ke pasar raya berkenaan adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul.
Pemeriksaan itu dijalankan selepas pihak Jakim menerima laporan berhubung penyebaran foto seekor ayam yang tersebar luas di Facebook baru-baru ini, di mana  ayamnya dikatakan ditebuk di leher dan tidak disembelih mengikut kaedah Islam.
UTAMAAyam Jamin Halal Di Pasar Raya Utama

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium