Hubungan harmoni rakyat berbilang kaum prasyarat hidup aman – Sultan Nazrin - pakdin.my

wpid-sultan-nazrin-shah.jpg

Hubungan harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama di negara ini adalah prasyarat kepada kehidupan yang rukun dan aman, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah keamanan adalah satu nikmat yang perlu dipelihara, dipupuk dan terus disuburkan.

“Hari ini, keamanan dalam kalangan umat Islam di negara tertentu, tinggal dalam impian. Rakyat di Palestin terus menanggung derita akibat perbuatan kejam lagi zalim Israel,” titah baginda dalam perutusan Aidilfitri.

Sultan Nazrin bertitah penderitaan yang ditanggung rakyat di bumi Palestin wajib mencetuskan rasa insaf dan mereka wajib diberi bantuan serta pertolongan.

“Ketika umat Islam di negara ini menghias rumah menjelang Aidilfitri, ramai umat di bumi Palestin tidak pasti sama ada mereka masih mempunyai rumah pada hari esok.

“Ketika umat Islam di negara ini membeli-belah pakaian baharu anak-anak untuk menyambut Syawal, ibu dan ayah di bumi Palestin tidak pasti sama ada anak mereka masih bernafas pada hari esok,” titah baginda.

UTAMAHubungan harmoni rakyat berbilang kaum prasyarat hidup aman - Sultan Nazrin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium