Sultan Perak arah istiadat lantik exco ditunda - pakdin.my

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan exco kerajaan negeri Perak yang dijadualkan pada Khamis, 11 Julai ini telah ditunda kepada tarikh yang belum ditetapkan.

Penundaan itu adalah atas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Tiada alasan diberikan berhubung penundaan itu. Walau bagaimanapun ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan polis ke atas seorang anggota exco Perak selepas seorang pembantu rumahnya menuduh dia melakukan serangan seksual terhadapnya.

Hari ini Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Choo Lily mengesahkan laporan itu dibuat semalam.

Beliau berkata Adun DAP itu sedang disiasat atas pertuduhan merogol dan polis telah merakamkan kenyataan mangsa berkenaan.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jika suspek tersebut dipanggil untuk disoalsiasat.

Di Perak, anggota exco negeri itu mesti memperbaharui sumpah jawatan mereka setiap tahun.

Dalam barisan semasa susulan pilihan raya umum pada 9 Mei 2018, lima daripada 10 anggota exco di Perak adalah terdiri daripada Adun DAP.

PKR dan Amanah pula masing-masing diberi dua dan tiga kerusi. Sementara jawatan menteri besar adalah dari Bersatu.

Rujukan:
[1] Dakwaan ‘rogol’ pembantu rumah: Polis siasat exco Perak
https://pakdin.my/dakwaan-rogol-pembantu-rumah-polis-siasat-exco-perak

[2] ADUN DAP Tronoh dituduh rogol pembantu rumah
https://pakdin.my/adun-dap-tronoh-dituduh-rogol-pembantu-rumah/

UTAMAPOLITIKSultan Perak arah istiadat lantik exco ditunda

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium