3 Lagi Suspek Direman Ekoran Penemuan Mayat Remaja Dalam Lubang Di Labu (video) - pakdin.my

remaja-direman-suspek-pembunuhan-dilabu

Tiga lagi suspek kes bunuh kakitangan Kompleks Sukan Nilai, Muhamad Amir Fazli Suhaimi direman.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Seremban 2.

Kesemua suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan malam semalam.

Menurut sumber polis, ketiga-tiga mereka turut menyerahkan motosikal yang digunakan dalam kejadian bunuh itu.

Polis sebelum ini, menahan sepasang kekasih yang disyaki suspek utama.

Mayat Muhamad Amir Fazli 18 tahun ditemui dalam sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu, pagi Ahad lalu.

Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek berang dengan tindakan mangsa membunyikan enjin motosikalnya di persimpangan lampu isyarat Senawang.

Suspek kemudian mengejar mangsa sehingga ke Jalan Labu tempat mayatnya ditemui.

 

 

UTAMABERITA3 Lagi Suspek Direman Ekoran Penemuan Mayat Remaja Dalam Lubang Di Labu...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium