Mayat Remaja 18 Tahun Ditemui Dalam Lubang Di Labu (video) - pakdin.my

remaja-ditemui-mati-dalam-lubang

Mayat seorang remaja yang berusia 18 tahun ditemui didalam keadaan tertiarap di dalam sebuah lubang berhampiran sebuah kuari di Batu 6, Jalan Labu.

Mayatnya ditemui kira-kira jaml 8.20 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

Menurut jurucakap polis di lokasi kejadian berkata mangsa dikenali sebagai Amir Fazli Suhaimi 18, bekerja di Kompleks Sukan Nilai.

Ketika ditemui mangsa hanya memakai seluar dan tidak berbaju.

Polis mendapati mangsa patah kaki kiri mangsa dan lebam dibahagian mata.

Sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai ditunggang mangsa turut ditemui kira-kira 40 meter daripada lokasi mayatnya dijumpai.

Bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

 

 

UTAMABERITAMayat Remaja 18 Tahun Ditemui Dalam Lubang Di Labu (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium