BERITAEKONOMIKhazanah akan jadi pemegang tunggal saham MAS

Khazanah akan jadi pemegang tunggal saham MAS

M370-MAS-Jurutera

Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) akan muncul sebagai pemegang saham tunggal biasa Malaysia Airlines (MAS) yang seterusnya akan membawa kepada penyahsenaraian syarikat penerbangan itu dengan muktamadnya langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih (SCR).

Syarikat itu dalam kenyataannya memberitahu, telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Lembaga Pengarah MAS untuk melaksanakan SCR bagi saham-saham biasa MAS.

Cadangan tersebut membolehkan pemegang saham biasa minoriti MAS menerima pembayaran balik modal bernilai 27 sen bagi setiap saham biasa.

Jumlah tersebut merupakan premium 12.5 peratus atas harga tutup saham MAS sehingga semalam dan premium 29.2 peratus atas harga pasaran purata wajaran bagi tempoh tiga bulan

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Analisis Impak Inflasi Makanan terhadap B40 (Mei 2026)

YTL Communications Lancar Tawaran Prabayar 5G Advanced Melalui Yes

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami