Krisis MB Selangor: Kenyataan Khalid Selepas Mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor (video) - pakdin.my

khalid-sultan-selangor-majlis-diraja

Tan Sri Khalid dilihat memasuki Istana Alam Shah, Klang pada jam 8.47 pagi dan keluar pada jam 12.45 tengahari

 

 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat perkenan SultanSelangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai  Menteri Besar.

Katanya,kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat Exco dari PKR tanpa perlu sokongan Exco mewakili PKR dan DAP.

Mengikut artikel 53 (2b)telah diperuntukkan supaya sekurang-kurangnya empat Exco boleh mentadbir negeri bersama menteri besar.

Khalid juga berkata, beliau sudah menjelaskan kepada Sultan Selangor bahawa beliau mendapat kepercayaan majoriti Adun-Adun untuk kekal sebagai menteri besar.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya sebentar tadi, Adun Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, beliau memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai pemecatannya daripada PKR, Sabtu lalu dan status beliau sebagai Adun Bebas.

“Tuanku percaya dengan penjelasan saya dan perkenan untuk saya meneruskan tugas sebagai menteri besar,”.

“Sehingga ada perkembangan baharu nanti, saya akan jalankan tugas seperti biasa,” ujar Khalid.

Menjawab soalan, Khalid berkata, beliau akan interbiu semua Exco untuk dapat pendirian mereka selepas menyatakan pandangan Sultan Selangor hasil mesyuarat Majlis Dewan DiRaja hari ini.

“Sesiapa yang tidak sokong saya, mereka boleh letak jawatan,” ujarnya.

Exco kerajaan Selangor kini turut diwakili empat daripada DAP dan tiga PKR.

Katanya, empat exco PAS yang sudah menyatakan sokongan terhadap beliau seperti dilaporkan media, akan kekal.

“Bagi Exco DAP dan PKR yang tidak sokong, saya akan tanya mereka esok,” tegas Khalid.

Menurut beliau, mana-mana yang tidak setuju boleh menyembahkan perkara itu kepada Sultan.

Setakat ini katanya, baginda belum terima laporan tidak setuju beliau kekal sebagai menteri besar.

Menjawab soalan, Khalid menjelaskan, sebelum membuat keputusan serta PAS atau kekal Adun Bebas, beliau akan bersihkan dulu dirinya daripada segala tohmahan.

Katanya, sebagai menteri besar beliau berhak mencadangkan kepada Sultan menyingkirkan mana-mana exco.

Setakat kini katanya, beliau tiada cadangan membubarkan DUN tetapi jika ada keperluan akan mengadap Sultan mencadangkan keperluan dan sebab berbuat demkian.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Kenyataan Khalid Selepas Mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium