Saingan Tiga Penjuru, Sejarah PRU-13 Berulang #PRKPengkalanKubor - pakdin.my

wpid-prk-pengkalan-kubor-calon-bertanding.jpg

TUMPAT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini bakal menyaksikan sejarah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berulang apabila berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli pada pukul 10.15 pagi, 15 minit selepas proses penamaan calon ditutup.

Pada pilihan raya ini, BN mempertaruhkan calonnya, seorang pengasas sekolah pondok Mat Razi Mat Ail,49.

PAS pula menamakan Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, yang merupakan Setiausaha PAS Tumpat dan kontraktor binaan.

Sementara itu, calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary turut diumumkan sebagai calon yang bertanding.

Ini merupakan kali kedua calon Bebas ini beradu nasib setelah bertanding pada PRU-13 di kawasan sama namun tewas kepada calon BN dengan mendapat 65 undi.

PRK Pengkalan Kubor diadakan selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar (BN) meninggal dunia akibat kanser hati 20 Ogos lalu.

Allahyarham mengalahkan Saharun Ibrahim (PKR) dan Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

UTAMAPILIHAN RAYASaingan Tiga Penjuru, Sejarah PRU-13 Berulang #PRKPengkalanKubor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium