Melaka Cadang Tanam Pokok Kurma Untuk Hasil Produk Asas Tani

kurma-melaka

Melaka berhasrat menanam pokok-pokok kurma di setiap masjid di negeri ini bagi menghasilkan produk asas tani untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, usaha dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Pertanian Melaka itu juga sebagai nilai tambah kepada produk asas tani negeri ini seperti produk minuman madu dan pes asam pedas yang dipasarkan termasuk di Agrobazar Singapura.

“Sekiranya usaha tanaman kurma ini berjaya, hasilnya akan kita petik dan pasarkan di pasar tani kita atau kita hasilkan produk dan pasarkan di luar negara seperti di Agrobazar Singapura,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pasar Tani Negeri Melaka di sini, Ahad.

Beliau berkata, pada masa ini, produk asas tani seperti buah-buahan dan makanan ringan mendapat permintaan yang tinggi serta sambutan menggalakkan di Singapura.

Justeru, katanya, petani dan usahawan tani di Melaka perlu merebut peluang memasarkan produk tani mereka ke pasaran global sekali gus menghasilkan pulangan yang lumayan.

Sementara itu, Pengarah Fama Melaka, Mohd Nawi Othman berkata, pihaknya menyasarkan kutipan jualan sehingga RM20 juta di pasar tani seluruh negeri Melaka tahun ini berbanding RM18.2 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata sejak Januari hingga Ogos lepas, sebanyak RM13.2 juta dikutip di 19 tapak pasar tani di seluruh negeri itu membabitkan 455 peniaga.

“Bagi mencapai sasaran ini, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menarik kunjungan orang ramai antaranya program jimat belanja dapur yang memberi tumpuan kepada barangan mentah seperti ayam, daging dan ikan,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...