Teman Lelaki Mangsa Bunuh Dan Bakar Direman (video) - pakdin.my

bunuh-bakar-teman-wanita-reman

 

 

Seorang lelaki dipercayai teman lelaki kepada wanita yang dibunuh sebelum dikerat dan dibakar di Juru, Pulau Pinang tiga hari lepas, ditahan reman hari ini.

Lelaki berumur 43 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, jam 2.30 petang tadi.

Pegawai penyiasat memohon perintah reman kerana suspek hanya ditahan petang semalam dan siasatan masih belum selesai.

Majistret Nurzafirah Mohamed Ali membenarkan reman selama tujuh hari sehingga 8 Oktober.

Petang semalam, polis menemui mayat mangsa berumur 30-an berhampiran rumah suspek dalam keadaan terbakar sebahagian.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai “Intan” didakwa hilang selepas berjumpa suspek di rumahnya tiga hari lepas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. –


 

 

Lelaki Mengaku Bunuh Dan Bakar Teman Wanita

Polis percaya kes seorang wanita yang dibunuh dan dikerat sebelum dibakar di Juru, Pulau Pinang selesai selepas mayatnya ditemui petang semalam.

Suspek yang juga teman lelaki mangsa juga mengaku melakukan pembunuhan itu.


Tulang Wanita Dipercayai Mati Dibunuh Dan Bakar Ditemui Belakang Rumah (video)

Tulang Wanita Dipercayai Mati Dibunuh Dan Bakar Ditemui Belakang Rumah (video)KEMASKINI: Khabar angin mengenai wanita mati dibakar teman lelakinya ternyata benar apabila Pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan serpihan tulang ditemui di Kampung Tok Keram

UTAMABERITATeman Lelaki Mangsa Bunuh Dan Bakar Direman (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium