Monday, February 26, 2024

Bajet 2015: Checkmate kepada pembangkang – Dr Latiff- pakdin.my

bajet-pakatan-pembangkangjet

Bajet 2015 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, semalam adalah checkmate kepada pembangkang terutama selepas bajet mereka yang mengenepikan banyak keperluan rakyat.

Setiausaha Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Dr Latiff Ahmad berkata, sehari sebelum pembentangan bajet oleh Najib yang juga Menteri Kewangan, pembangkang dengan penuh semangat membentangkan Belanjawan Malaysia 2015.

β€œSaya baca sendiri ada pemimpin mereka yang akui bajet itu tidak lengkap. Sebab itu, apabila Menteri Kewangan bentangkan bajet semalam, mereka diam. Ini checkmate kepada mereka,” katanya kepada bnbbc.news.

Dr Latiff yang juga ahli parlimen Mersing berkata, Perdana Menteri sedaya upaya cuba menyenuh segenap lapisan masyarakat yang berpendapatan tinggi hingga ke golongan pekebun kecil dan nelayan dalam Bajet 2015.

Sebagai ahli parlimen selama empat penggal, beliau berpendapat, ini bajet terbaik.

β€œSukar untuk Najib menggembirakan semua orang. Jika dapat gembirakan majoriti rakyat ianya satu ibadah dan Perdana Menteri berusaha melakukannya,” ujarnya.

Katanya, bajet tersebut menekankan isu-isu yan ditimbulkan rakyat termasuk kos sara hidup, bagaimana mahu meningkatkan kos keluarga dan membantu golongan belia yang baru berkahwin memiliki rumah.

Dalam pada itu, pengumuman kenaikan elaun ahli-ahli parlimen tentu sesuatu yang menggembirakan sekaligus boleh memberi penambahbaikan dan semangat pada wakil rakyat untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Menyentuh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dibayar tiga kali setahun bagi penerima RM750 dan RM950, Dr Latiff berkata, langkah itu bagi membolehkan penerima merancang perbelanjaan mereka hasil pemberian bantuan kewangan itu.

Beliau percaya bantuan itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat kerana jumlah yang sudah dinaikkan itu adalah satu angka besar.

Selain itu katanya, peluasan skop barangan yang tidak dikenakan cukai barnagan dan perkhidmatan (GST) akan menutup mulut pembangkang yang awal-awal lagi menuduh pelaksanaan GST membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang-barang terutama produk makanan.

Dr Latiff yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkata, Bajet 2015 turut membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah rumah pertama disamping mengurangkan kos membeli rumah.

Najib ketika membentangkan bajet semalam mengumumkan SPNB akan membina 12 ribu unit Rumah Mesra Rakyat, 5 ribu unit Rumah Idaman Rakyat disamping 20 ribu Rumah Aspirasi Rakyat.

Katanya, kenaikkan had harga rumah daripada RM400 ribu kepada RM500 ribu serta penyediakan 10 peratus pembiayaan pinjaman oleh kerajaan sebagai bayaran pendahuluan membolehkan pembeli mendapat pembiayaan penuh bagi membeli rumah.

UtamaEKONOMIBajet 2015: Checkmate kepada pembangkang - Dr Latiff

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR