Pembangkang jangan hanya meletakkan semua bebanan kepada kerajaan ekoran kenaikan kos sara hidup.
Malah kenaikan kos sara hidup itu tidak semestinya disebabkan oleh kerajaan Persekutuan, kerana kerajaan negeri juga turut memainkan peranannya.
Kos sara hidup ini, semua rakyat tahu terutamanya mengenai GST, tetapi perkara ini belum pun dilaksanakan lagi.
Jadi apa yang nak dibising-bisingkan?.
Jika benar GST akan membebankan rakyat, ini adalah satu advantage kepada pembangkang, tapi sebaliknya pembangkang melihat GST ini akan memberi kebaikkan kepada rakyat, justeru itu mereka merasa bimbang sekiranya Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) nanti, rakyat akan kembali menyokong kerajaan.
Pembangkang hanya menunding jari kepada kerajaan kerana kenaikan kos sara hidup walhal setengah daripadanya adalah daripada pembangkang tetapi mereka bersikap ‘lepas tangan’ atau ‘tutup mata’.
Sebab tu pembangkang ini diibaratkan seperti “kuman di seberang nampak tapi gajah di depan mata tak nampak”.
Sebagai contoh di Selangor sendiri, cukai industri tekstil naik sebanyak 180%, industri kimia 140%, kadar telekomunikasi 60%, kedai runcit 40% dan stesen-stesen minyak yang dulunya 900% sekarang 1090%. Dan itu semua baru lesen perniagaan saja, belum lagi cukai pintu dan cukai-cukai lain.