UtamaKEJAYAAN PENEMBAKAN TORPEDO BLACK...

KEJAYAAN PENEMBAKAN TORPEDO BLACK SHARK OLEH KAPAL SELAM KD TUN RAZAK - pakdin.my

torpedo-scorpene

KOTA KINABALU  – Kapal Selam KD TUN RAZAK (KD TRZ) telah berjaya melaksanakan penembakan torpedo Black Shark di Perairan Laut China Selatan (LCS) pada jam 11.20 pagi tadi. Penembakan yang dilancarkan dari aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini telah berjaya mengenai sasaran permukaan yang disasar pada jarak dan kelajuan yang telah ditetapkan.

Dalam penembakan pagi tadi, KD TRZ telah melancarkan torpedo Black Shark ke sasaran permukaan iaitu sebuah feri penumpang. Torpedo yang dilancar pada jarak yang dirancang ini telah tepat mengenai dan memusnahkan struktur feri penumpang yang telah diubah suai untuk tujuan penembakan.

Penembakan kali ini telah melakarkan sejarah, apabila buat julung kalinya kapal selam negara melaksanakan penembakan torpedo semenjak kapal selam pertama negara KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009. Selain itu, penembakan ini merupakan penembakan yang julung kalinya bagi torpedo Black Shark semenjak diperkenalkan oleh syarikat pengeluar torpedo Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali.

Operasi penembakan ini melibatkan aset bantuan dari perkhidmatan TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai aset untuk keselamatan kawasan, tim sasaran, rakaman dan analisis. Antara aset TLDM yang terlibat ialah KD JEBAT, KD TERENGGANU, KD KASTURI, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, helikopter Fennec, kapal penyelamat kapal selam MEGA BAKTI dan Bot Tempur CB 90 serta Tim Penyelam, sementara TUDM yang turut terlibat ialah pesawat B 200T dan EC 725.

Kejayaan penembakan torpedo ini telah membuktikan bahawa kesiagaan ATM khususnya TLDM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus meletakkan TLDM antara pasukan tentera laut yang wajar digeruni di rantau ini.

Setiausaha Bahagian Pembangunan KEMENTAH, Tuan Haji Mohd Shahbudin bin Ibrahim dan Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli hadir menyaksikan penembakan ini dari platform pesawat EC 725 di Perairan Laut China Selatan. Eksesais penembakan torpedo yang dinamakan Op BARRACUDA 1/2014 ini dikelolakan oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, YBhg Laksamana Muda Abdul Rahman bin Hj Ayob selaku Pengarah Eksesais. Kejayaan penembakan ini membuktikan keupayaan saling khidmat (interoperability) antara elemen dalam ATM.

Kemasukan kapal selam dalam inventori TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan Armada TLDM malah melengkapkan keupayaan peperangan tiga dimensi iaitu peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara.

Kapal selam kelas SCORPENE merupakan antara kapal selam yang paling senyap di dunia dan amat sukar dikesan serta dijejaki pihak lawan. Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter. KD TRZ dinamakan bersempena nama Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussien sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.

Berkaitan

Baca Juga

Kanak-kanak berusia 3 tahun di Wilayah Patani, Thailand dilaporkan dibawa ke hospital selepas makan brownies ganja

Siaran Facebook mendakwa bahawa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di wilayah Pattani, Selatan Thailand dibawa ke hospital selepas dipercayai memakan brownies ganja. Hantaran itu...

[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand

Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...