Notis kajian semula persempadanan diwarta bulan depan

    Notis kajian semula persempadanan diwarta bulan depan

    Notis kajian semula persempadanan diwarta bulan depan

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) penghujung tahun ini, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

    Beliau berkata, sebelum mewartakan notis tersebut, SPR perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan, mengikut peraturan yang ditetapkan.

    “ Bila notis itu diumumkan, maka bermulalah tempoh persempadanan semula dan notis itu akan dipamer selama sebulan (untuk menerima bantahan dan cadangan) daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan pengundi berdaftar, sekurang-kurangnya 100 orang dalam bahagian pilihan raya terbabit,” katanya.

    Beliau berkata laporan akhir mengenai syor kajian semua persempadanan kawasan pilihan raya itu perlu diserahkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh tidak lebih dua tahun daripada tarikh notis diumumkan, untuk dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat untuk kelulusan selaras dengan Seksyen 8, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

    Laporan yang diluluskan oleh sidang Dewan Rakyat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Aging untuk ditandatangan sebelum diwartakan dan diguna pakai.

    FOKUS

    Zara Qairina

    Berkaitan

    PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag Pada 24 Jan 2026 – SPR

    Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

    [VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

    PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

    Terkini:

    Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

    [VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

    Mengenai kami