BERITAEKONOMIPeniaga online wajib daftar SSM

Peniaga online wajib daftar SSM

Peniaga online wajib daftar SSM

Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), persidangan Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perkara itu bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.

SSM

“Melalui Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online juga diwajibkan untuk memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 pada persidangan itu, di sini.
Perkara itu dibangkitkan Senator Shahanim Mohamad Yusoff yang ingin tahu antara langkah kementerian untuk melindungi pengguna dalam urus niaga secara dalam talian pada sesi perbahasan rang undang-undang berkenaan.

Persidangan dewan kemudiannya meluluskan pindaan rang undang-undang berkenaan yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan pencegahan kegiatan penyelewengan barang kawalan dan subsidi.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Analisis Impak Inflasi Makanan terhadap B40 (Mei 2026)

YTL Communications Lancar Tawaran Prabayar 5G Advanced Melalui Yes

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami