back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Import ikan dan sayur untuk stabilkan harga

    import-sayur-stabil-harga

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertindak proaktif sejak seminggu lalu mengimport sayur-sayuran dan ikan bagi mengatasi kenaikan mendadak harga bahan makanan terbabit susulan musibah banjir.

    Bekalan terbabit akan dijual dengan harga yang lebih murah di pasaran, khususnya di 556 pasar tani di seluruh negara bagi meringankan beban pengguna.

    “Kita mempunyai alternatif dalam masalah ini dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarahkan mengimport produk yang mengalami kekurangan manakala Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) pula diarahkan mengimport ikan bagi menampung bekalan.

    “FAMA dan Nekmat akan bergabung mengadakan jualan murah di pasar tani yang dijadual dilancarkan Jumaat depan di Pasar Tani Putrajaya. Senarai barangan dan harga akan dimaklumkan kemudian,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong, Sabtu.

    Kementerian mula mengimport sayur-sayuran seperti kubis bulat, tomato, cili merah, halia, kentang, bawang merah, bawang besar, kelapa dan bawang putih sejak seminggu lalu dari beberapa buah negara seperti Belanda, Vietnam, Indonesia, India dan China.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)