UtamaEKONOMIPengetahuan pembangkang tentang ekonomi...

Pengetahuan pembangkang tentang ekonomi cetek - pakdin.my

tok pa

Dakwaan pembangkang yang kononnya ekonomi negara sedang dilanda krisis adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tuduhan tidak berasas pihak pembangkang yang menyamakan keadaan ekonomi negara sekarang seperti sama dengan keadaan krisis ekonomi negara ketika 1997/1998, adalah tidak berdasarkan fakta dan kajian yang mendalam.

“Seharusnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu pokok seperti ekonomi negara, hubungan kaum dan agama, kita harus ada pandangan yang hampir sama.

“Dalam hal ini, jelas pembangkang cuba untuk menjejaskan keyakinan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terhadap masa depan ekonomi Malaysia. Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” kata beliau kepada pemberita Malaysia di luar sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Menyifatkan keadaan sekarang sebagai ‘cabaran’ kepada ekonomi negara, beliau berkata keadaan hari ini jauh berbeza daripada apa yang berlaku ketika 1997/1998.

“Kita akui bahawa nilai mata wang kita turun sekitar 10 hingga 11 peratus (ketika ini) tapi dahulu, nilai mata wang daripada RM2.50 jatuh sehingga hampir RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Dulu rizab kita turun mendadak, sekarang masih sekitar US$100 bilion. Dulu bank kita menghadapi masalah besar, hari ini bank tidak mempunyai masalah besar, malah semua bank di Malaysia berada dalam keadaan kukuh dengan rizab dan kecairan amat tinggi,” katanya.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menegaskan bahawa kedudukan ekonomi negara bukan dalam krisis.

Najib, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan beberapa langkah proaktif dalam usaha kerajaan untuk memastikan pertumbuhan, pembangunan dan sasaran defisit fiskal Malaysia yang berterusan meskipun menghadapi berlaku perubahan mendadak dalam landskap ekonomi global.

Mustapa berkata langkah-langkah yang diumumkan itu bukanlah sesuatu yang diputuskan dengan terburu-buru, tetapi diambil setelah kajian mendalam dan terperinci dilakukan kira-kira sebulan oleh kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi.

“Penjelasan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri itu mengambil kira perubahan terkini dan yang penting, kerajaan mengambil masa untuk meneliti dan mengkaji dengan terperinci akan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan dalam dasar ekonomi negara serta memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh,” kata Mustapa.

Ketika ditanya sama ada sentimen pelabur terjejas akibat persepsi negatif pihak pembangkang, Mustapa berkata keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara dilihat masih kukuh berdasarkan pertumbuhan pelaburan yang menggalakkan.

Oleh demikian, beliau berkata pengumuman Najib adalah realistik dalam mempersiapkan negara dalam menghadapi cabaran semasa ekonomi global.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...