Video: Kereta Dipandu Warga Emas Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak

Video: Kereta Dipandu Warga Emas Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak

kereta-langgar-kedai-serbaguna

Seorang warga emas berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kenderaan yang dinaikinya merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan PJU 1A / 20 pagi Selasa.

Dia yang memandu kereta itu baharu selesai mengisi petrol kereta Proton Wira kira-kira pukul 9.30 pagi apabila keretanya merempuh masuk ke dalam kedai serbaneka itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Komisioner Azmi Abu Kassim berkata siasatan mendapati wanita itu berniat untuk mengundurkan keretanya.

“Tetapi dia secara tidak sengaja memandu keretanya ke depan,” kata Azmi.

Beliau menambah bahawa tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEOO] Wanita langgar kereta kekasihnya kerana cemburu

[Video] Polis trafik dilanggar ketika mengawal lalu lintas

Selisih Faham Jualan Lembu, Seorang Maut, Seorang Lagi Parah Dirempuh

Terkini:

Mengenai kami