Tahun Baru Cina: Aliran Trafik Mula Sesak

Tahun Baru Cina: Aliran Trafik Mula Sesak

aliran-trafik-tahun-kambing

Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan mula sesak setakat pukul 9 pagi Rabu berikutan kebanyakan warga kota mula pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut esok.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya PLUS berkata di bahagian utara, trafik sesak dari Tanjung Malim menghala ke Gopeng, Perak, manakala di selatan, ia mula sesak dari Seremban menghala ke Skudai, Johor.

“Ia dijangka berterusan pada waktu tengah hari nanti hingga ke malam,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta https://twitter.com/llminfotrafik.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Makan besar Tahun Baru Cina dibenarkan, tiada rumah terbuka

[Video] Polis trafik dilanggar ketika mengawal lalu lintas

Perempuan Melayu penganut DAP kata manusia perumpamaan seperti babi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami