UtamaJualan Satar Kuala Kemaman...

Jualan Satar Kuala Kemaman Tiga Kali Ganda Sempena Cuti Tahun Baharu Cina - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

satar

Tahun Baharu Cina turut memberi limpahan rezeki kepada penjual satar di sekitar Kuala Kemaman di sini dengan hasil jualan tiga kali ganda berbanding hari-hari biasa.

Meskipun harga satar kini naik kepada RM5 untuk 10 biji berbanding RM4 sebelum ini, namun jualan makanan tradisi rakyat Terengganu itu tetap laris berikutan keenakannya yang tersendiri.

Tinjauan ke Kuala Kemaman mendapati 30 peniaga satar melanjutkan operasi perniagaan sehingga 9 malam disebabkan permintaan luar biasa peminat makanan tradisional itu.

Seorang peniaga Zamzarinawati Mat Gati, 34, berkata beliau memproses 40 kilogram isi ikan kali ini berbanding hanya lima atau 10 kilogram pada hari biasa.

“Kebanyakan yang datang membeli ialah anak Terengganu di perantauan yang pulang ke kampung sempena cuti ini.

“Walaupun mereka boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2), namun mereka akui sanggup menggunakan laluan pantai semata-mata mahu singgah membeli satar di Kuala Kemaman selain berehat-rehat melihat pemandangan sepanjang melalui pesisir jalan pantai,” katanya.

Satar adalah makanan tradisional rakyat Terengganu yang diperbuat daripada campuran isi ikan, bawang, cili potong, santan dan kelapa yang kemudiannya dibungkus dalam daun pisang berbentuk piramid sebelum dicucuk dengan batang besi dan dipanggang atas bara api.

Ramuan istimewa satar itu diperbuat daripada isi ikan segar iaitu ikan parang, ikan kunyit dan ikan selayang yang dibeli terus dari nelayan tempatan.

Seorang lagi peniaga, Zaleha Husin, 44, berkata beliau membeli ramuan satar yang sudah siap diproses daripada dua peniaga di Kuala Kemaman bagi menghasilkan satar yang lebih enak dan ia diminati ramai.

“Di Kuala Kemaman ini, 10 peniaga satar memang memproses sendiri ramuan mereka, manakala peniaga lain membeli daripada mereka untuk dijual.

“Namun, saya pula mencampurkan dua ramuan daripada peniaga berlainan dan ini menghasilkan rasa unik satar yang tersendiri dan ini diakui pelanggan tetap kami,” katanya yang menjual satar dari 50 kilogram isi ikan pada cuti perayaan kali ini.

Bagi penggemar satar, Nur Haziah Embong, 43, hanya satar di Kuala Kemaman yang paling sedap dan memenuhi cita rasanya memandangkan menu istimewa itu memang berasal dari kawasan tersebut.

“Kebetulan saya dari Gombak nak balik ke Setiu, jadi ramai saudara mara yang kirim satar Kuala Kemaman ni untuk dinikmati bersama-sama.

“Walaupun kalau nak dikirakan, perjalanan lebih dekat jika menggunakan LPT 2, tetapi kami tak kisah menggunakan laluan pantai asalkan dapat singgah sebentar di Kuala Kemaman untuk membeli satar,” katanya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129