Mohamad Sabu, Mustafa Ali kena bayar ganti rugi - pakdin.my

mat-sabu-mustafa-ali

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berhubung Projek IC di Sabah.

Demikian keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk G.V. Varghese dan Tan Sri Idrus Harun ketika menolak rayuan mereka.

Mahkamah menolak pembelaan perayu-perayu selepas berpuas hati bahawa artikel memfitnah itu yang disiarkan dalam akhbar Harakah, berniat jahat dan memfitnah responden kerana disiarkan tanpa maklumatnya disahkan terlebih dahulu.

Wan Ahmad selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 5 Mac 2013 berhubung penerbitan artikel bertajuk `Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai’ dan `Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ dalam lidah rasmi Pas edisi 1 hingga 3 Februari 2013.

UTAMABERITAMohamad Sabu, Mustafa Ali kena bayar ganti rugi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium