Sumbangan untuk membiayai portal ini:
Maybank:
158088200693 PayPal: [email protected]

Sumbangan untuk membiayai portal ini: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

UMNO lantik wakil ulas Hudud kepada umum - pakdin.my

UMNO lantik wakil ulas Hudud kepada umum - pakdin.my

UMNO lantik wakil ulas Hudud

“Kita memang amat setuju undang-undang ini diluluskan kerana ia merupakan hukum Allah yang memerlukan kita untuk memberikan sokongan.”

Itu kata-kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sewaktu memberitahu bahawa kabinet telah dimaklumkan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Menurutnya, jemaah menteri daripada UMNO juga bersetuju dengan sokongan wakil parti itu terhadap pindaan undang-undang itu.

“Tidak ada persoalan kita menentang hukum Allah, cuma dari segi pelaksanaannya perlu ditingkatkan,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Putrajaya, Jumaat.

UMNO katanya, bersetuju supaya perkara itu diulas dengan terperinci kepada umum oleh jurucakap yang dilantik parti.

DUN Kelantan pada Khamis meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota DUN terdiri daripada 31 wakil PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Berkaitan

Mesti baca