UtamaGaji Minimum: 191 Kertas...

Gaji Minimum: 191 Kertas Siasatan Dibuka, 118 Dibawa Ke Mahkamah - pakdin.my

gaji-minimum-swasta-rm900

Sebanyak 191 kertas siasatan telah dibuka berhubung kegagalan pelaksanaan gaji minimum sejak 1 Januari tahun lepas hingga Mac tahun ini dengan 118 daripadanya dibawa ke mahkamah, Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata daripada jumlah itu sebanyak 64 kes pendakwaan telah selesai dengan jumlah denda keseluruhan bernilai RM211,600.

“Tindakan di Mahkamah Buruh telah dibuat iaitu sebanyak 1,260 kes dengan tuntutan sebanyak RM20.5 juta.

“Jumlah diperintah bayar oleh Mahkamah Buruh sejak 2014 hingga Mac tahun ini pula ialah RM1.746 juta yang perlu dibayar kepada pekerja,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang ingin tahu jumlah majikan yang telah didakwa di mahkamah kerana gagal melaksanakan perintah gaji minimum.

Ketika ini, kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ialah sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

Menjawab soalan tambahan daripada Syed Shahir mengenai jumlah penguat kuasa yang memantau pelaksanaan gaji minimum, Ismail berkata pada ketika ini sebanyak 491 pegawai ditugaskan untuk pemantauan dan pemeriksaan perburuhan, yang tidak hanya terhad kepada pelaksanaan gaji minimum.

“Kita (kementerian) akui, kita menghadapi kekurangan tenaga penguatkuasaan.
Kita berusaha memohon kepada kerajaan membuat penambahan kepada bilangan pegawai penguat kuasa ini di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Namun begitu, ia tidak membantutkan usaha kita bagi memberi jaminan dan keyakinan kepada pekerja terutama dalam membela masa depan mereka khusus dalam gaji minimum ini,” katanya.

Beliau berkata ia dapat dilihat apabila jumlah pemeriksaan berkanun yang dibuat sejak tahun lepas hingga 28 Februari ialah sebanyak 44,604 pemeriksaaan.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...