BERITAGST: Lima peniaga akan didakwa di mahkamah minggu depan

GST: Lima peniaga akan didakwa di mahkamah minggu depan

gst-black-market

Lima lagi peniaga akan dihadapkan ke mahkamah minggu hadapan atas dakwaan sengaja menaikkan harga barangan sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), 1 April lalu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad.

Beliau berkata, lima kes itu di Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan adalah daripada keseluruhan tujuh kertas siasatan yang sudah siap dan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Lima kes itu akan didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, kita harap kes ini dapat dibawa ke mahkamah minggu depan selepas cuti panjang ini berakhir.

Untuk makluman juga 34 kertas siasatan lagi hampir siap untuk dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara bagi memutuskan sama ada kes-kes yang disiasat itu boleh didakwa di mahkamah atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan pelaksanaan CBP di Pasar Stutong, di sini hari ini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Road ke RM1.8 Trilion: Hutang PMX, propaganda terhadap Najib jadi bahan lawak

Retorik vs Realiti: Dari GST 6% ke Celaru SST 8%

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami