BERITATertekan Diajak Kahwin, Guru Agama Tikam Teman Wanita Sehingga Mati

Tertekan Diajak Kahwin, Guru Agama Tikam Teman Wanita Sehingga Mati

guru-agama-bunuh-teman-wanita

Kuala Kubu Bharu – Tertekan tindakan teman wanita yang menggesa untuk berkahwin, seorang guru agama menikam teman wanita berusia 34 tahun sehingga mati di hadapan sekolah tempatnya mengajar.

Bagaimanapun lelaki itu berjaya ditahan di rumahnya di Jalan Songket 4, Taman Bukit Bujang, selepas beberapa jam kejadian selepas mayat Nur Salina Nazir ditemui di dalam kereta Proton Wira berwarna kelabu miliknya pada pukul 9 pagi Rabu.

Nur Salina yang mempunyai empat orang anak ditemui mati dengan tujuh tikaman di badannnya berada di bahagian pemandu dalam kereta tersebut.

guru-agama-bunuh-teman-wanita-2

Keretanya berada di parkir Sekolah Rendah Agama Kuala kubu Baru dengan keadaan pintu di bahagian penumpang terbuka.

Mangsa ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa.

Dilaporkan sebelum ini, kedua-dua mereka bertengkar selepas mangsa meminta lelaki itu mengahwininya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Sup R. Supramaniam mengesahkan menerima insiden ini dan berkata kes diklafikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mangsa ditikam empat kali di dada, dua di paha dan satu di lengan kiri.

“Barang-barang peribadi mangsa juga hilang. Kami sedang mencari senjata yang digunakan.

“Suspek juga turut mengaku menikam mangsa.” katanya.

Nur Salina meninggalkan empat orang anak termasuk tiga perempuan dan seorang lelaki berusia 7 hingga 14 tahun.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Kuala Kubu Bharu

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami