Monday, February 26, 2024

Pisau diguna bunuh janda di Kuala Kubu Bharu ditemui di Sungai Tua- pakdin.my

guru-agama-bunuh-teman-wanita-mangsa

Polis menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan seorang guru agama dalam kes bunuh seorang janda beranak empat di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata pisau berkenaan yang menjadi bukti kukuh dalam kes itu dijumpai di dalam Sungai Tua, Ulu Yam, dekat sini, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

guru-agama-bunuh-teman-wanita-pisau-ditemui

“Operasi pencarian senjata itu disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hulu Selangor serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor selain bantuan Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata, dengan penemuan bahan bukti itu, pihaknya yakin kes berkenaan telah selesai.

Dalam kejadian Rabu lalu, Nur Salina Nazir, 34, yang menjalankan perniagaan dalam talian dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu.

Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri.

Susulan kejadian jam 9 pagi itu, seorang guru agama berusia 29 tahun diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesak untuk berkahwin dengannya.

UtamaBERITAPisau diguna bunuh janda di Kuala Kubu Bharu ditemui di Sungai Tua

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR