MT Beri Sokongan Padu Najib, Muhyiddin Terajui Umno - pakdin.my

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk, tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn.
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk, tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isnin melahirkan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti itu.

Najib berkata barisan MT UMNO mahu supaya presiden dan timbalan presiden serta pimpinan tertinggi parti bersatu dalam satu pasukan dan mengambil tindakan positif untuk kukuhkan lagi kedudukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat.

- Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn.
– Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn.

“Dengan keputusan itu, maka MT (UMNO) juga kata kalau ada isu berbangkit, MT harap mereka diberi peluang untuk menyumbang idea bernas dan positif supaya sebarang isu berbangkit boleh ditangani dan diberi penyelesaian yang sewajarnya,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Mesyuarat itu, yang bermula 3.30 petang dan berakhir 7 malam ini, turut dihadiri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri serta dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

UTAMAPOLITIKMT Beri Sokongan Padu Najib, Muhyiddin Terajui Umno

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium