SPAD Sita 80 Teksi Haram Guna Aplikasi Uber - pakdin.my

Lapan puluh kereta sewa yang kebanyakkannya menggunakan aplikasi pengangkutan seperti Uber telah disita dalam tindakan keras terhadap teksi haram oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Oktober tahun lepas.

Ketua Penguatkuasa SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata terdapat kereta milik persendirian tidak mempunyai lesen SPAD, dengan 52 daripada mereka dalam proses dilucutkan hak.

“Saya ingin mengingatkan pengusaha tidak berlesen untuk tidak mengambil risiko dengan menyediakan perkhidmatan yang tidak berlesen,”katanya.

Difahamkan kereta yang ditarik balik lesen boleh dilelong oleh SPAD.

uber-spad-sita-kereta 2

Difahamkan bahawa sebahagian besar pemandu telah menggunakan aplikasi pengangkutan seperti Uber dan Grabcar.

Seorang pegawai SPAD, berkata pemandu tetap perlu membayar ansuran kereta tersebut biarpun kereta mereka telah dilelong.

“Ini akan menjadi satu kehilangan besar kepada mereka,” kata Che Hasni.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Manakala, syarikat kereta boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.

UTAMASPAD Sita 80 Teksi Haram Guna Aplikasi Uber

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium