UtamaNAJIB RAZAKPemandu teksi U-turn setelah...

Pemandu teksi U-turn setelah terpedaya janji manis rejim PH - pakdin.my

Sebelum PRU-14 bila naik teksi, kebanyakan pemandu akan buka cerita memfitnah, mencela dan memaki hamun kerajaan, Najib dan Rosmah.

Mereka secara terangan menuduh kerajaan tidak menjaga nasib mereka dan mengeluarkan video dengan tangisan menyeru rakyat mengundi Pakatan Harapan dan menolak Barisan Nasional.

Bezanya Najib dengan Mahathir. Mahathir siang malam mengatakan melayu yang menyokong dan menaikkan beliau menjadi PM sebagai pemalas. Tapi Najib pula menganggap mereka yang menjatuhkan beliau sebagai rakyat yang bekerja keras.

Sekiranya Khazanah melabur didalam Grab, sebahagian keuntungan yang diperolehi boleh diguna membantu pemandu teksi yang memerlukan.

……
Dari Facebook Najib Razak

Hari Rabu lalu, pengasas Big Blue Taxi Services Datuk Shamsubahrin Ismail dan kira-kira 10 pemandu teksi telah melawat saya serta meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kerajaan PH.

Beberapa hari sebelum PRU14, Datuk Shamsubahrin pernah mengeluarkan kenyataan untuk menyeru seluruh pemandu-pemandu teksi di negara untuk menolak BN dan mengundi PH.

Klip video beliau tersebar luas pada masa itu.

Kini, mereka sudah tahu bahawa mereka telah dipergunakan sebelum PRU14 dan telah ditabur dengan janji-janji palsu dari PH.

Ada antara mereka meminta maaf kepada saya kerana terperdaya dengan fitnah ini kerana mereka Uber dan Grab yang mencetus saingan kepada sumber rezeki mereka.

Mereka beritahu saya bahawa ramai pemandu teksi yakin bahawa PH akan mengharamkan Uber dan Grab bila PH menang.

Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali mereka membawa penumpang.

Itu adalah taktik sangat licik PH untuk menipu dan menggunakan pemandu teksi dan meracuni pemikiran sebagai penyebar propaganda anti-kerajaan kerana PH tahu, pemandu teksi berjumpa dengan ramai orang setiap hari.

Kini, mereka sudah sedar bahawa berita yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab adalah palsu.

Pemandu-pemandu teksi juga memberitahu bahawa bisnes mereka sekarang amat sukar akibat persaingan dengan perkhidmatan “ride-sharing”, keadaan ekonomi tidak menentu dan jumlah pelancong-pelancong luar negara yang dikatakan telah turun.

Pada pertemuan hari itu, mereka berkata bahawa kerajaan PH tidak prihatin terhadap mereka, tidak melakukan apa-apa untuk membantu mereka dan meminta saya untuk mengutarakan masalah-masalah mereka.

Oleh itu, saya telah membuat sidang media pada hari Rabu itu juga untuk meminta kerajaan PH untuk menjaga golongan pemandu teksi juga.

Antaranya, saya telah gesa PH untuk pertimbang rumah PPR kepada pemandu teksi kerana ramai daripada mereka masih tidak memiliki rumah.

Ini kerana mereka rakyat yang bekerja keras, bekerja waktu yang panjang, memerlukan rumah dengan bayaran yang habis minima disebabkan pendapatan mereka yang tidak menentu,

Pagi ini, Timbalan Menteri PH membalas bahawa usaha untuk menyediakan rumah PPR bagi pemandu teksi sedang di dalam rancangan kerajaan PH tetapi Menteri ini menyoalkan mengapa saya perlu bercakap untuk pemandu-pemandu teksi
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/20/rumah-ppr-untuk-pemandu-teksi-dalam-perancangan-kata-timbalan-menteri/

Ketika saya PM, saya dapat lihat ramai rakyat Malaysia senang dengan khidmat e-hailing pada masa itu Ramai pemandu Malaysia turut memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber.

Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa adalah agak sukar untuk mengharamkan Uber dan Grab kerana ia hanya memerlukan satu aplikasi telefon pintar.

Ketika itu, saya juga perlu mengimbangi antara keperluan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari khidmat e-hailing dan keperluan industri teksi.

Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesimbangan persaingan bagi semua perkhidmatan. Rancangan kami adalah untuk mengawal selia Uber dan Grab sambil memastikan kerajaan turut menyediakan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi agar mereka dapat turut bersaing secara sihat.

Selain dari bantuan kewangan dan tayar percuma, kerajaan BN masa saya PM juga berusaha supaya pemandu teksi mendapat permit persendirian dan bukan lagi menyewa permit dari syarikat kroni yang terima beribu permit hasil legasi sebelum pentadbiran saya.

Hari ini, remai pemandu teksi menyesal kerana sedar mereka tertipu. Grab tidak diharamkan sebagaimana mereka harapkan, manakala bantuan khusus untuk pemandu teksi sebagaimana ketika pentadbiran saya turut dihentikan.

Ada kemungkinan fitnah isteri saya pemilik Uber dan Grab ini timbul apabila saya mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula kerana saya dapat lihat potensi dalam syarikat ini.

Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.

Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai US$11 bilion (RM46 bilion).

………….

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/teksi/

https://pakdin.my/tag/grab/

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...