BERITADUNIAPesawat Garuda Indonesia tergelincir dari landasan

Pesawat Garuda Indonesia tergelincir dari landasan

garuda-tersasar-makasar 2

Makassar: Seramai 144 penumpang dan lapan anak kapal terselamat apabila sebuah pesawat milik Garuda Indonesia tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Bandara Sultan Hasanuddin, Makasar, Indonesia 2.40 petang tadi.

Pesawat jenis Boeing 737-800 dengan kod penerbangan GA618 dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta dilaporkan cuba mendarat di lapangan terbang terbabit dalam keadaan hujan lebat.Pesawat Garuda Indonesia tergelincir dari landasan

Garuda dalam satu kenyataan berkata, pesawat terbabit membawa 152 penumpang termasuk lapan anak kapal berlepas dari Jakarta pada 11 pagi waktu tempatan.

garuda-tersasar-makasar 4

“Pesawat dipandu kapten Nikodemus Elim dan pembantu juruterbang Ida Fiqrah dilaporkan tergelincir satu meter dari landasan.

“Berikutan kejadian itu, landasan 13/31 ditutup bagi membolehkan pasukan keselamatan menyiasat punca sebenar kejadian. Semua penumpang dan anak kapal selamat keluar dari pesawat melalui tangga di pintu kecemasan,” kata kenyataan itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami