1MDB: Bocor Maklumat Salah, Justo Akan Dihantar Pulang - pakdin.my

1mdb-Xavier Andre Justo-Mahathir

Bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo akan dihantar pulang sebaik sahaja polis melengkapkan siasatan, menurut sebuah laporan.

Pada Rabu, The Nation melaporkan warganegara Switzerland itu masih dalam tahanan reman sementara menunggu siasatan dan selepas itu baharulah dia akan dihantar pulang.

Penahanan Justo dikaitkan dengan kebocoran e-mel membabitkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Khamis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pihak itu akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan berkaitan kebocoran e-mel PetroSaudi dan 1MDB.

Beliau berkata tindakan perlu diambil kerana terdapat media yang tidak bertanggungjawab, terutamanya media sosial dan blog yang penerbitan mereka menimbulkan kemarahan dan syak wasangka terhadap kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memberi jaminan bahawa Malaysia bersedia untuk membantu polis Thai dalam menyiasat Justo.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Justo bertanggungjawab memberikan maklumat salah kepada blog Sarawak Report.

Katanya, blog tersebut menjadi sumber maklumat palsu dan artikelnya mengenai 1MDB kemudiannya dipetik The Edge dan media lain.

Pada Rabu, sebuah akhbar Thailand, Bangkok Post melaporkan bahawa polis Thailand telah menahan Justo, 49, dan mendakwa warganegara Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang berkata, pihaknya turut menggeledah kediaman Xavier Justo dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.

Katanya, Xavier Justo merupakan eksekutif di PetroSaudi, sebelum melarikan diri ke Thailand.

Justo ditahan di sebuah rumah di Koh Samui pada Isnin atas dakwaan membocorkan maklumat kepada Sarawak Report mengenai 1MDB.

Namun, dia menafikan dakwaan tersebut.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Bocor Maklumat Salah, Justo Akan Dihantar Pulang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium