Pesawat bawa Tun Taib Mahmud kemek bergesel di Lapangan Terbang Mukah

Pesawat bawa Tun Taib Mahmud kemek bergesel di Lapangan Terbang Mukah

Pesawat bawa Tun Taib Mahmud kemek bergesel di Lapangan Terbang Mukah

Hujung sayap kiri pesawat persendirian yang membawa Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bergesel dengan bahagian depan pesawat MASwings di Lapangan Terbang Mukah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.42 petang itu, pesawat terbabit dipercayai baru mendarat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), kira-kira sejam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau ketika dihubungi berkata, hujung sayap kiri pesawat terbabit bergesel dengan bahagian depan pesawat yang berada di landasan lapangan terbang berkenaan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan bahagian depan pesawat terbabit kemek di bahagian depan, namun tiada mangsa tercedera dalam insiden itu.

pesawat-maswing-bergesel-taib-mahmud 3

Difahamkan, Abdul Taib bersama isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib datang ke Mukah untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk di Kampung Setia Raja, di sini.

Sementara itu, MASwings ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

pesawat-maswing-bergesel-taib-mahmud 2

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Pendedahan oleh Sarawak Report skandal balak anak Mahathir

Galaxy Note 7 tak boleh diguna dalam Maswings

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami