Malaysia disenarai ke-8 paling efisien dalam laporan WEF - pakdin.my

malaysia-efficient-governments-MOST

Kerajaan Malaysia berada pada kedudukan kelapan sebagai kerajaan paling cekap di dunia, menurut laporan Daya Saing Global 2014-2015.

Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia itu membuat penilaian kecekapan kerajaan terhadap 144 negara di seluruh dunia yang turut diukur berdasarkan tahap pembaziran perbelanjaan kerajaan dan beban peraturan dan ketelusan dasar.

Kata laporan itu, kecekapan kerajaan mempunyai kesan yang besar ke atas daya saing sesebuah negara dan pertumbuhan ekonominya.

“Birokrasi dan peraturan yang berlebihan, kekurangan ketelusan dan rangka kerja undang-undang yang tidak mencukupi telah memberi kos tambahan dan menghalang pengembangan ke atas perniagaan,” kata laporan itu yang dipetik menerusi laman web agenda.weforum.org.

Dalam senarai kedudukan itu, Qatar muncul tempat pertama sebagai kerajaan paling cekap di dunia manakala Singapura dan Finland masing-masing berada pada kedudukan kedua dan ketiga.

UTAMAEKONOMIMalaysia disenarai ke-8 paling efisien dalam laporan WEF

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium